(Video FULL)"Ini Reaksi Anak-anak Shuib Lepas Beritahu Yang Ibu Sudah Tiada"- "Ibu dah takde?" Ya Allah sebaknya 😭😭

Pemergian Allahyarham Siti Sarah pastinya meruntun hati sang suami, Shuib yang ikhlas mencintainya. Apatah lagi apabila melihat wajah anak-anak mereka yang penuh pengharapan, menanti pulangnya ibu mereka ke rumah bersama adik kecil bernama Ayash Affan.

Kongsi Shuib, biarpun cuba mengelak pada awalnya, Shuib akhirnya mengumpul kekuatan bagi menceritakan hal sebenar kepada anak-anaknya mengenai pemergian ibu mereka selepas pulang dari hospital apabila si anak terlebih dahulu membaca berita di media sosial.

Sebenarnya, anak-anak dah nampak di Youtube pasal ibu mereka, Siti Sarah. Siap tanya penjaga kenapa cakap ibu arwah, ibu kan koma je. Lepastu diorang tanya lagi kenapa ada video “Anak-anak tidak tahu ibunya telah tiada” 🥺

Ya Allah beratnyaa hati kami, akhirnya dengan lafaz bismillah, selawat, daddy terangkan hal sebenar dengan tenang. Anak-anak menangis, mengharapkan ibu balik, rindukan ibu…

Uwais, Talita, Matin & Ayash, jadilah anak yang soleh & solehah, rajin solat, pandai mengaji Al-Quran, selalu bersedekah dan dengar cakap daddy & family…

Kita hanya berpisah di dunia, bertemu kembali di Syurga 🤍


Sumber : @sitisarahraissuddin 


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.