KUALA LUMPUR: Sikap pemurah dan suka bersedekah menjadi amalan penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin hingga nafas terakhir.
Segala kebaikan dilakukan arwah Siti Sarah secara senyap mula terbongkar satu persatu selepas menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Ho.spital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) akibat pandemik COVID-19, semalam.
Pengurusnya, Nana Mohammad Rom berkata, ar.wah sentiasa berusaha membantu sesiapa sahaja dalam kesu.sahan dalam diam dan enggan dihebahkan.
Malah, Nana mendedahkan, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu banyak menghulurkan bantuan kepada rakan industri, bekas wartawan dan pengikut dalam laman sosial.
“Arwah dikenali sebagai insan paling suka bersedekah. Sangat pemurah dan banyak menderma. Ar.wah tidak pernah tolak sekiranya ada pengikut menghantar mesej langsung dalam Instagram (IG) memerlukan bantuan.
“Namun, ar.wah tidak suka orang tahu dan bercerita. Namun, pihak pengurusan, Indigital Music tahu mengenai perkara ini.
“Terbaharu, sebelum menaiki ambulans untuk ke hospital, ar.wah memindahkan wang kepada ibu tirinya minta dipanjangkan sedekahnya.
“Sebelum ditidurkan, arwah minta pembantu peribadi ambil semua produk tudung keluaran syarikatnya untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital,” katanya ketika ditemui BH Online selepas pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, semalam.
Ditanya tahap kesihatan arwah, Nana berkata, arwah tidak memiliki sejarah penyakit kronik.
“Arwah tiada penya.kit kro.nik. Ar.wah sangat menjaga pemakanan, malah sering mendapatkan rujukan d.oktor peribadi ketika semasa melakukan kuarantin kendiri di rumah.
“Saya menghubungi arwa.h setiap hari sepanjang menjalani kuarantin kendiri. Arwah kata keadaannya okay dan minta jangan risau.
“Namun, arwah memberitahu kena ke hos.pital selepas paras oksigen jatuh pada hari kelapan. Ketika itu, arwah mula batuk, namun memikirkannya hanya gejala biasa,” ujarnya.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah, 36, menghembuskan naf.as terakh.ir di Unit Raw.atan Rap.i (ICU), Hosp.ital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) akibat CO.VID-19 pada jam 5.13 pagi, semalam.
Jenaza.hnya selamat dikebumikan di Tanah Perku.buran Islam Kampung Sungai Pusu, jam 1.20 tengah hari.
Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.
sumber: bharian
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Borak La Apa Pon
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!
PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.