'KO TGK SI BODO SEKOR LAGI?!!!!! Hampa ni kena check doctor setan. Otak tercabut ke?' Promosi Produk Makanan Dengan Siti Sarah, DSV Didakwa Tak Sensitif

Dari riak wajah macam bersedih, kemudian ditepek pula video arwah Siti Sarah tengah produk makanan hasil kerjasama dengannya lepas itu terus ceritakan pula kehebatan produk sekali dengan link swipe up untuk pembelian.

Tak percaya? Anda tengok sendiri video di bawah ini.


Ternyata perkara sedemikian bagaikan tidak menghormati dan seperti mempergunakan rasa simpati orang ramai untuk mengaut keuntungan pula.

Netizen rata-rata menyatakan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku atau mungkin juga promosi sedemikian boleh dibuat selepas keadaan reda bagi menghormati perasaan keluarga yang telah kehilangan insan tersayang.

Pemergian arwah Siti Sarah ternyata meninggalkan banyak kesan kepada orang ramai.

Namun dalam masa yang sama, semua pihak seharusnya sensitif dalam berkongsikan perkara berkaitan dengan Allahyarhamah agar tidak melampaui batasan dan melukai perasaan ahli keluarga mereka.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.