Lelaki warga asing lagi romantik dan lebih rajin bekerja dari lelaki melayu


Antara sebabnya yang dinyatakan para wanita adalah:



- Lelaki warga asing lebih romantik
- Lelaki warga asing rajin bekerja. (Lelaki melayu tak berapa rajin kerja)
- Lelaki Melayu ni diawal percintaan/perkahwinan jer mereka sweet, romantik.

Kata para wanita yang ditanya dalam video tersebut:


"Tapi bila dah dapat perempuan tu, laki tu jadi lain pulak. Berbeza dengan lelaki warga asing di mana mereka sebelum dan selepas dapat/berkahwin tetap sama seperti mula perkenalanan dulu."

Pemerhatian admin:


Ana perhatikan ramai antara kita yang bersikap yang seperti itu. Sekiranya begitulah yang diperlakukan para pria, maka ana rasakan tidak salah apabila para wanita jadi enti dan trawma dengan lelaki spesis yang seumpama ini.

Ana menyeru agar janganlah kita perlakukan perkara yang kita benci jika kita diperlakukan demikian, tambahan pula terhadap kaum wanita.

Kerana apabila tiba masanya pasti kita akan menerima balasan bahkan persis seperti yang kita perlakukan dahulu (tanpa rasa bersalah) yang ianya merupakan kafarah daripada Allah jalla wa'ala. Ataupun generasi kini memahami terma barat iaitu:

"Karma; What goes around, comes around".

Makanya pada ketika itulah kita baru akan terbelalak biji mata menyedari hakikat betapa tingginya langit itu.

Nota: Karma sebenarnya terma dalam kaum india (agama Hindu). Bukan terma yang berasal dari barat. Ia merupakan akidah dalam agama penyembah berhala.

Bagi umat Islam sekiranya kalian orang beriman. Cukuplah bagi kita mengetahui tentang firman Allah di dalam surah Az-Zalzalah:

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ * وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

“Siapa yang beramal kebaikan seberat telur semut, Dia mengetahuinya, dan siapa yang mengamalkan keburukan seberat telur semut, Dia mengetahuinya.” (QS. Az-Zalzalah: 7- 8)

Membawa faham bahawa, sedikit sahaja kalian "mess up" dengan jiwa yang ikhlas (menzalimi hatta sekadar perasaan mereka), maka tunggulah, tidak akan kalian terlepas darinya!!! Maka jangan pernah berani-berani kerana Allah sangat adil.

Tanpa Rasa Bersalah?

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.