إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Pelawak Dan Pengacara Pian Cecupak Meninggal Dunia 😢😢
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Pian Cecupak, 52, meninggal dunia selepas ditemui terjatuh dalam bilik air di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni malam tadi.
Adiknya Hassenah berkata, abangnya ditemui oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik air sekitar jam 8 malam tadi.
"Punca kematiannya belum diketahui. Sepatutnya abang ada tawaran show esok, tapi kami tidak pasti dimana.
"Proses pengkebumian juga belum dapat dipastikan dimana buat masa ini dan hanya akan diketahui esok.
"Buat masa ini jenazahnya masih di rumah emak dan selepas ini akan ditempatkan di surau di sini," katanya.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱ
لضَّاۤلِّينَ۞ امين